Makanan Ringan Tradisional keluaran RAZA FAMILY ENTERPRISE (RFE) adalah 100% bumiputra, telah bertapak di sekitar Bandar Kuantan dan Pekan sejak sedekad yang lalu (dulunya dikenali sebagai RAZAFOOD ENTERPRISE) dan telah mula berkembang dengan sejak tahun 2006. Produk keluaran RFE adalah makanan ringan tradisional (RAZASNACK) minuman ringan (RAZA ICEBLEND) dan makanan/kuih dingin beku (RAZA FROZEN).

Kesemua makanan ringan tradisional dan minuman ringan yang keluaran RFE adalah berpandukan resepi rahsia asli keluarga, ditanggung halal, dijamin bersih dan bebas dari segala bahan pengawet, pewarna dan perasa tiruan.

Keselamatan dan kesucian makanan snek atau makanan ringan yang diimport dari negara luar amat diragui justeru itu meningkatkan kualiti pengeluaran makanan ringan bermutu dan berkhasiat merupakan usaha terbaik bagi memberi saingan kepada makanan ringan yang diimport.

Pengusaha menitikberatkan kualiti pembungkusan, kebersihan bagi memelihara kesegaran dan
mutu barangan keluaran syarikat ini.

Giant Senawang


Giant Kota Damansara



Giant Kuantan


Giant Batu Caves

Kiosk kami telah mula beroperasi di Giant Kuantan dan Giant Kota Damansara dan Giant Batu Caves, disusuli dengan Giant Senawang dan Giant Kuala Terengganu. Gambar-gambar yang dipaparkan adalah sekitar operasi Kiosk dan sambutan orang ramai terhadap produk kami amatlah membanggakan. Alhamdulillah. Terima Kasih kepada semua yang terlibat dalam pelancaran Kiosk kami.





Dibungkus dalam bentuk Sachet bagi mengekalkan kesegaran dan kebersihan. Kiosk Raza Ice Blend telah memasuki pasaran
Hypermarket iaitu GCH Retail (Malaysia) Sdn Bhd atau lebih di kenali sebagai GIANT.

Sachet Raza Ice Blend mempunyai empat perasa iaitu Mocha, Coco (Cokelat), Vanilla dan Strawberi. Sachet Raza Ice Blend amat mudah disediakan, hanya perlu dicampurkan ais dan dikisar hancur. Rasa Raza Ice Blend adalah jauh lebih bermutu, sedap dan bersih daripada yang terdapat di pasaran. Kepada peniaga minuman Ice Blended adalah dialu-alukan untuk mencuba produk ini. Pesanan boleh dibuat terus dari kilang tanpa melalui pemborong. Kepada yang berminat menjadi francais juga bolehlah menghubungi kami untuk khidmat nasihat




Mempunyai rasa yang original, snek tradisional Raza Frozen adalah snek yang dibekukan dan sangat senang disediakan dan dinikmati untuk semua jenis sajian. Rasa Raza Frozen adalah dijamin sedap dan tidak seperti frozen food yang terdapat di pasaran. terdapat 3 jenis iaitu Karipap, Pulut Panggang dan Cucur Badak






RAZA FAMILY ENTERPRISE

Lot 23C Kampung Pasir, Ulu Yam 44300 Selangor

Mobile : 0123215228/0193307694
Email : razafood3@gmail.com