Makanan Ringan Tradisional keluaran RAZA FAMILY ENTERPRISE (RFE) adalah 100% bumiputra, telah bertapak di sekitar Bandar Kuantan dan Pekan sejak sedekad yang lalu (dulunya dikenali sebagai RAZAFOOD ENTERPRISE) dan telah mula berkembang dengan sejak tahun 2006. Produk keluaran RFE adalah makanan ringan tradisional (RAZASNACK) minuman ringan (RAZA ICEBLEND) dan makanan/kuih dingin beku (RAZA FROZEN).

Kesemua makanan ringan tradisional dan minuman ringan yang keluaran RFE adalah berpandukan resepi rahsia asli keluarga, ditanggung halal, dijamin bersih dan bebas dari segala bahan pengawet, pewarna dan perasa tiruan.

Keselamatan dan kesucian makanan snek atau makanan ringan yang diimport dari negara luar amat diragui justeru itu meningkatkan kualiti pengeluaran makanan ringan bermutu dan berkhasiat merupakan usaha terbaik bagi memberi saingan kepada makanan ringan yang diimport.

Pengusaha menitikberatkan kualiti pembungkusan, kebersihan bagi memelihara kesegaran dan
mutu barangan keluaran syarikat ini.

No comments:

Post a Comment